Tuesday 22 May 2012

Perlukah aku dilayan begitu?

Photobucket


Belog..oh belog..hari ni aku sedih lagi..

Aku kena marah dengan mak atas reason kotorkan dapur.. sedangkan yang buat adik aku..
Aku kena marah dengan ayah atas reason sepahkan depan rumah.. sedangkan yang buat adik aku juga..
Aku kena marah dengan abang atas reason rosakkan komputer dia.. sedangkan adik yang rosakkan..
Aku kena marah dengan cikgu atas sebab tolak kawan..sedangkan aku yang kena tolak sampai berdarah..

Bila aku nak bersuara, mereka kata aku kurang ajar, nak menjawab je kerja..
Bila aku tak jawab, dia kata aku keras kepala, kurang ajar..
Macamana lagi aku nak buat untuk puaskan hati diorang..
Tertekan sungguh aku bila hari-hari macam ni...

Dan hari ni belog, ayah bagitau yang dia nak bawa mak, and adik2 pergi jalan-jalan kat selangor.
Mak suruh aku duduk rumah sorang2 je.
Jaga rumah.
Tak payah ikut..

Belog,
Siapa aku pada mereka ni..
Perlukah aku dilayan macam gini sekali..


Belog,
aku baru 14 tahun..
aku belom matured nak pikir dengan positif, waras..
Melalui kau la belog,
aku boleh luahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku ni..
Doa, tawakal, cakap elok-elok pon dah..


Hanya pada Allah sahaja aku berserah sepenuh jiwa ragaku..
Tabahkanlah hati aku..
Amin.

p.s : tu pasal belog ni nama ceritasedih. dah memang hari2 aku sedih. :(

4 comments:

Awan Nina said... [Reply]

don't be sad.
mungkin awak terlalu muda utk faham apa sebenarnya yg berlaku di sekeliling awak .
dulu masa sy umo awak , saya selalu pikir mcm ni jugak.
tapi nanti bila dah besar , sebenarnya benda ni takde hal pun sebenarnya . trust me .
be strong ! :)

Skylar said... [Reply]

cuba untuk tabahkan diri..dengan meluahkan isi hati..hehe

Hadijah Umar said... [Reply]

Adik. walau apapun dorg tetap org yg menyayangi adik taw. tabahkan hati. bykkn doa. kuatkan diri k. :)

Skylar said... [Reply]

Insyallah kak.
Belog, satu medium untuk luahan hati sy selain Allah