Sunday, 20 May 2012

Dilema Anak Kedua

Photobucket

Lecehnya jadi anak kedua ni. Sesiapa yang punya nasib seperti aku mungkin merasa benda yang sama. Kenapa aku kata leceh? Well antaranya..


1. Selalu dibandingkan dengan anak sulung atau adik beradik yang lain
Serious aku katakan yang mana-mana orang takkan suka jika dirinya dibandingkan dengan sesiapa waimalah dengan adik beradik yang lain. Kena plak kat batang hidung sendiri bilamana abang aku dapat perform baik dalam subjek dan aku tidak. Yang terguris hati dan perasaan bila parents sendiri kata..

Tu laa, malas lagi nak belajar. Orang kalau nak pandai, belajar sungguh-sungguh..kau tengoklah abang kau tu, pandai..dapat 11A dalam SPM..kalau harapkan kau..hmphh memang tak kemana..kenapa kau tak macam abang kau ye?

Serious weh, anak mana yang tak sedih bila ibu, I.B.U sendiri kata gitu..haih patah semangat terus. Bukan takat patah semangat, jiwa aku jadi memberontak! Sepatutnya seorang ibu bagi sokongan moral, semangat, atau paling tidak pon menerima kejayaan anaknya. Aku kira ok lagi dapat 6A dalam exam before. Aku baru form 1 kot. Tapi itu tidak memadai buat ibuku ni. Nak jugak aku dapat 100%. Nak 100% pon tak perlu kot nak kata camtu. Jangan sampai anak stress mengadap leteran. Kang ada yang terjun bangunan. Pastu nak salahkan siapa? Haihh dah nasib dibesarkan dalam family yang educated. Makin educated, makin sempit minda mereka ni. Terlalu taksub mengejar sesuatu sampaikan benda yang penting terabai. Apa yang terabai? Anak-anak. Kemesraan anak-beranak dah tak de dah. Yang penting bagi mereka ni supaya dapat eksyen lebih pada jiran-jiran yang anak-anak diorang smart. Sedih sungguhlah dunia sekarang ni.


2. Terpaksa merelakan diri menerima benda second hand.
Anak kedua ni bila kecik-kecik memang kuat nangis. Sebab apa, sebab apa yang dia nak, tak dapat. Yang dapat ialah abang or adik-beradik yang lain. Dia terpaksa berkongsi. Kununnya barang anak sulung ada lagi. So bila anak kedua meningkat remaja, dia dah tak kisah dah. Dia dah tau dia takkan dapat barang dari parents dia. So cakap pon dah macam useless.

Mak, t-shirt sekolah dah kecik. Cikgu pon suruh beli yang baru.

Alaa, t-shirt abang kau kan ada lagi. Pakai je laah, buat apa nak beli baru..

.....

Ok serious benda ni memang dah jadi pada aku. Kalau parents korang ok, no hal la kot. Tapi rata-rata kawan-kawan aku yang lahir sebagai anak kedua, kesemuanya mengalami nasib yang sama seperti aku. Tension weh!. Seolah-olah hak kami untuk dapat barang ditolak mentah-mentah. Sedih kot. Nak gak rasa benda baru..tak boleh ke nak consider?


3. Disebabkan bengang, anak kedua cenderung bersikap memberontak.
Mana-mana parents mungkin dapat merasai anak kedua diorang kerap menunjukkan sikap bengang, malas, tak kuasa nak ambil tahu, degil dan macam-macam lagilah. Haha aku anak kedua jadi aku dapat merasainya. Dan disebabkan aku ada perasaan camtu, jadi aku mewujudkan satu tembok macam perisai supaya aku dapat melindungi diri daripada perasaan sedih dan kecewa. Cara efektif untuk runtuhkan tembok tu hanyalah dengan kata-kata manis dari mulut parents aku. Kasih sayang, bukan herdikan. Lagi kau sindir, lagi kuatlah tembok yang dibina. Member2 aku yang anak kedua pon kata camtu. So bukan aku sorang je lah yang rasa camtu ye. Hehe aku kaji jugak.


4. Kuat jeles.
Hmm, tak payah la aku nak terangkan. Semua yang baik orang atas dia dapat, atau pon dapat pada adik-beradik dia yang lain. Dia, tak soh cakap. So kejelesan dia memang tahap dewa. Tapi at the sama time, terpaksa simpan sahaja perasaan tu. Takut dikatakan menyusahkan orang di sekelilingnya. Takut dikatakan tidak bersyukur. Takut dikatakan itu ini. Haha. Anak kedua, sila mengaku :p keh keh.

Hmm, banyak lagi dilema anak kedua ni. Tapi aku stat kan yang obvious. Sesiapa yang dirinya anak kedua, share2 lah apa perasaan jadi anak kedua. Boleh aku tambah2 sikit dengan pengalaman sedia ada aku ni. Hehe.

11 comments:

T.Tania said... [Reply]

tq sudi follow.. sabar laaa ye... ape2pon, parents kita syg kita ...huhu~

syafiqakarim said... [Reply]

selaku anak kedua saya byk berkorban

hmm

Skylar said... [Reply]

@T.Tania
tahu. cuma bila kena macam tu, macam didera dari segi mental :(

@syafiqa
huuu samalah kita. banyak berkorban untuk family..sememangnya trait anak kedua kan?

jaakechik said... [Reply]

saya anak tengah sama la mcm anak ke-2 jugak, ada kakak, abang, adik adik2. so kita kt tgh2 ni mmg gitu laa....hukhuk...tapi sabar laa...yg penting biasanya anak kedua lebih tabah dan lebih bdikari. percayalah!

Skylar said... [Reply]

@jaakechik
huhu betul2..bersabar tu kadang-kadang ada hadnya..tapi bila pikir demi adik beradik, demi mak ayah, trus terpadam niat tak baik..hehe

shar90 said... [Reply]

lain plak dgn cite sye... sye ank sulung tp slalu kene mgalah dgn adik... hee

Skylar said... [Reply]

@shar90
haha tapi at least dapat semua benda baru kan kan? muahaha nak gak menang :))

noor nabilla fattin said... [Reply]

i'm second too :) but always the best part side to me :) alhamdulillah but still tanggungjawab tu more to me .

Iffah Afeefah said... [Reply]

Sesiapa y bgelar adek akn rase

but ade jgk y slung xkn dpt cm kite

die akn mnglh sbb die da bsar

kite kn adik

Skylar said... [Reply]

@noor
hehe tanggungjawab tu akan sentiasa ada pada semua orang..cuma anak kedua lebih kepada kekeluargaan. pentingkan family berbanding diri sendiri..betul kan?

Skylar said... [Reply]

@iffah
haha dah besar memang ler x dapat cam adek2..takkan nak baju boboboy lagi kan? hihik